|
Penulis : Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar Harga : RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak) ISBN :983-3585-63-9 Muka surat : 178 halaman *Sipnosis *: Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini dapat dianggap sebagai pelengkap kepada buku-buku yang terdahulu yang membincangkan kedua-dua bidang ini. Dari aspek yang paling dasar dalam kedua-dua bidang ini seperti cakupan bidang, bunyi-bunyi bahasa dan fitur pembezanya, perbincangan juga tertumpu kepada minat semasa, iaitu kajian fonetik akustik dan kaedah kajian eksperimental. Sesuai dengan era semasa, kaedah eksperimental kajian fonetik yang dibincangkan, diperlihatkan dengan grafik dan disertai dengan penerangan kepada setiap prosedur yang diambil semasa analisis. Sehubungan dengan itu, pengaruh aspek ini kemudiannya dihubungkan dalam topik prosodi yang dikaitkan dengan kesantunan dalam komunikasi bahasa Melayu. Yang menariknya, hasil kaedah eksperimental ini dikatakan telah menolak dapatan lampau yang selama ini tidak pernah dipertikaikan, iaitu penyataan intonasi ayat penyata yang dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Sekali lagi, ini merupakan perkongsian maklumat yang penting untuk pengguna bahasa Melayu bahawa kaedah kajian lampau, iaitu impresionistik tidak kesemuanya yang boleh diterima pakai sehingga hari ini. Dan kerana itulah dikatakan buku ini sebagai pelengkap kepada buku-buku yang sedia ada sebelum ini. Dengan menggunakan korpus bahasa Melayu per se sebagai asas, khalayak sasaran buku ini pastilah para pelajar sekolah, maktab dan universiti selain guru, pengajar dan pensyarahnya. Hasrat utama penulis, buku ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada khalayak sasaran di samping membantu proses pengajaran dan pemelajaran. Grafik-grafik telah disediakan pada bab-bab yang berkenaan manakala setiap bab yang telah dibincangkan diikuti dengan latihan bagi menguji kefahaman dan kesediaan menambah ilmu bagi soalan-soalan yang bersifat eksplorasi. Diakui kehadiran buku ini di pasaran tidak sesekali menafikan kehebatan buku-buku dan kajian masa lalu dan kini yang secara langsung dan tidak langsung telah digunakan sebagai sumber rujukan. Dengan hasrat memperkaya pengetahuan dan berkongsi maklumat, semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua. |
| web design June 24, 2009 11:53 PM PDT DI MANA DIA JUAL | ||
| malaysia web design June 22, 2009 08:43 PM PDT akau tahu di man jual | ||
| web design April 16, 2009 01:46 AM PDT jarang jumpa buku ni | ||
| Leave a Comment: |