blog images

~Selamat Datang
ke Laman PTS Pendidikan
Kenali buku-buku Terkini PTS Pendidikan
dengan lebih dekat...~



<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


blog Layouts

Berminat untuk menulis buku pendidikan?
Kami mengalu-alukan anda
untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.
Sila hubungi PTS Professional (Pendidikan)
seperti alamat dibawah.
(U.P: cik Majidah Mat Jusoh).


Kategori Buku PTS Pendidikan:
Pengurusan Sekolah
Teknologi Pendidikan
Profession Perguruan
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Tinggi
Pendidikan Khas
Prasekolah
Kaunseling
Kurikulum
Pedagogi
Bahasa
Kamus
blog


^^Warga PTS Pendidikan^^

Pengurus
Nazrul Samsudin

Editor Perolehan
Majidah Mat Jusoh

Editor Pengurusan
Nurulhilyati Abdul Halim
blog Layouts


^^Hubungi Kami^^

**Editorial Office**
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur. Malaysia
Office : +603.4142.7416/3
Fax : +603.4142.7415

**Head Office**
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
68100 Batu Caves, Selangor. Malaysia
Office : +603.6188.0316
Fax : +603.6189.0316
Website: www.pts.com.my

**Kumpulan Syarikat PTS:-**
PTS Consultants Sdn Bhd
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
PTS One Sdn Bhd
PTS Millenia Sdn Bhd
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
PTS Paperback Sdn. Bhd.
PTS Fortuna
PTS Islamica
blog layouts


^^Link PTS Pendidikan^^

PTS
Universiti Terbuka PTS
PTSOne
PTSmillennia
Nurul
JiD
Ann
CartoonRama

blog layouts


^^YahooMessenger^^

E-mail# Majidah
Yahoo# majidah2@yahoo.co.uk

MesSaGe Me evEn wHen i'M nOt OnLiNe...


E-mail# Nurul
Yahoo# ummunuaim@yahoo.com

MesSaGe Me evEn wHen i'M nOt OnLiNe...


image hosting



^^Mari Berdiskusi^^


^^Hit Bulan ini^^


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, August 24, 2006
Morfologi

Judul : Morfologi
Penulis : Abdullah Hassan
Harga : RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN : 983-3376-19-3
Muka surat :346 halaman
*Sipnosis :*

Buku Morfologi Bahasa Melayu ini adalah buku edisi kedua mengenai
morfologi bahasa Melayu. Edisi pertama buku ini diterbitkan oleh
syarikat Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd pada tahun 1986 dengan tajuk
Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia.

Buku ini disunting semula supaya isi dan jalan bahasanya bagi memenuhi
keperluan pelajar sekarang. Kandungan buku ini dibahagikan ke dalam 15
bab. Lima belas bab ini terbahagi kepada empat bahagian besar.

Bahagian pertama mengandungi tiga bab. Bab 1 memperkenalkan morfologi
sebagai satu disiplin, membincangkan definisi morfologi. Unit-unit
morfologi diperkenalkan dan diikuti dengan prinsip-pinsip mengenal pasti
morfem. Bentuk-bentuk dan proses penerbitan perkataan dalam bahasa
Melayu dijelaskan. Bab 2 membincangkan konsep dan asas penggolongan
perkataan dan ini diikuti dengan perbincangan mengenai golongan
perkataan dalam bahasa Melayu. Bab 3 membincangkan proses perubahan
bunyi dan ejaan apabila proses-proses pembentukan perkataan berlaku.

Bahagian kedua mengandungi tiga bab, semuanya mendeskripsikan proses
pengibuhan yang berlaku kepada golongan kata utama. Bab 4 menghuraikan
pengimbuhan kata nama. Bab 5 menghuraikan pengimbuhan kata kerja. Bab 6
menghuraikan pengimbuhan kata adjektif.

Bahagian ketiga mengandungi empat bab, semuanya menghuraikan kata tugas.
Ada 17 subgolonan kata tugas dan memerlukan perbincangan yang agak
panjang. Oleh sebab itu Bab 7, 8, 9 dan 10 membincangkan kata tugas.

Bahagian keempat mengandungi deskripsi mengenai penggandaan, dalam Bab
11, pemajmukan dalam Bab 12, pengakroniman dalam Bab 13, peristilahan
dalam Bab 14, dan akronim dalam Bab 15.

Ada dua perkara yang dilakukan apabila buku ini disunting semula.

1.Dalam mengedit semula buku ini, semua pembaharuan yang dikemukakan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Tatabahasa Dewan (Manuskrip Edisi
Semakan 2005) diambil kira sepenuhnya supaya pengajaran tatabahasa di
sekolah berpandukan tatabahasa pegangan.

2.Bahasa yang digunakan dalam buku ini disunting semula dengan mengambil
kira indeks bacaan. Bagi menurunkan indeks bacaan, ayat-ayat yang
digunakan dipendekkan. Frasa kerja digunakan bagi menggantikan kata nama
yang abstrak. Contoh-contoh yang digunakan juga diambil daripada
bahasa-bahasa yang diketahui oleh pelajar-pelajar di Malaysia.

Semoga Morfologi Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar, guru dan
pensyarah bahasa Melayu meningkatkan pengetahuan mereka mengenai
pendidikan bahasa Melayu.

Kepada para pelajar, semoga dapat belajar dengan baik dan berbakti
kepada bangsa dan bahasa.


Posted at 09:47 pm by ptspendidikan
Make a comment  

Sintaksis

Judul : Sintaksis
Penulis : Abdullah Hassan, Zulkifli Osman, Razali Ayob, Seri Lanang Rohani
Harga : RM 31.00 / RM 34.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN :983-3585-60-4
Muka surat : 360 halaman
*Sipnosis* :

Bidang Sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan ayat. Sintaksis bukan saja mengkaji proses
pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana
perkataan disusun dalam ayat. Unsur- unsur yang dikaji dalam sintaksis
adalah ayat, klausa, dan frasa. Penulisan buku ini berhasrat bagi
menguraikan secara yang lebih jelas unsur-unsur utama yang berkenaan.

Buku ini ditulis dengan menggunakan pendekatan tatabahasa pedagogi bagi
memudahkan pembaca memahami unsur-unsur tatabahasa yang dibincangkan.
Contoh-contoh penggunaan bahasa Melayu dikutip daripada bahan-bahan
korpus yang sebahagian besarnya berbentuk digital.
Usaha ini diharapkan dapat memberikan contoh penggunaan bahasa Melayu
yang autentik dan berdasarkan konteks yang sebenarnya. Oleh sebab bahan
asal tidak sesuai dengan keperluan mengajar, maka kebanyakannya
disesuaikan bagi memudahkan kefahaman.

Buku ini dibahagikan kepada 62 bab yang setiap satunya mengkhusus kepada
satu-satu aspek yang berkaitan dengan bidang sintaksis bahasa Melayu.
Bab 1 hingga 15 memberi tumpuan kepada proses binaan ayat dalam bahasa
Melayu secara keseluruhannya, manakala bab 16 hingga 45 memberi tumpuan
yang lebih terperinci terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan binaan
ayat, iaitu binaan frasa dan klausa.

Seterusnya bab 46 hingga 62 membicarakan aspek kata tugas yang membantu
binaan ayat dalam bahasa Melayu. Buku ini turut menyediakan
latihan-latihan yang bertujuan memahirkan pengguna bahasa dalam bidang
sintaksis.

Akhir sekali, buku ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar semua
peringkat pengajian bagi mendalami lagi bidang sintaksis bahasa Melayu.
Semoga buku ini turut memberi manfaat kepada semua pengguna bahasa yang
lain.


Posted at 01:33 am by ptspendidikan
Make a comment  

Aplikasi Psikolinguistik

Judul : Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa
Penulis : Abdullah Hassan, Zulkifley Hamid
Harga : RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN : 983-3585-61-2
Muka surat : 208 halaman
*Sipnosis *:

Buku Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
ini mengemukakan huraian pelbagai teori secara mendalam, khususnya
teori-teori yang terdapat dalam disiplin ilmu psikolinguistik. Kandungan
buku ini turut menyatakan secara jelas bagaimana teori-teori yang
terdapat dalam disiplin psikolinguistik dapat diterapkan dalam pelbagai
peringkat perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa.

Buku ini ditulis dalam enam belas bab. Bab pertama yang merupakan bab
pengenalan memberikan takrif dan skop kajian bidang psikolinguistik. Bab
ini juga menghuraikan bagaimana ilmu psikolinguistik dapat diaplikasikan
dengan berkesan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Bab dua, tiga dan empat menghuraikan pelbagai aspek yang berkaitan
dengan proses kefahaman atau pentafsiran makna. Bab dua menghuraikan
tahap-tahap dalam pem-prosesan maklumat bahasa, termasuklah beberapa
teori pem-prosesan maklumat.

Bab tiga memfokuskan penghuraian pada masalah-masalah yang sering
dihadapi oleh pendengar dan pembaca semasa memproses maklumat atau input
bahasa. Bab empat pula membandingkan dua kaedah pemprosesan input
bahasa, iaitu secara semantik dan pragmatik.

Bab kelima mengemukakan pandangan golongan behavioris dan mentalis dalam
menghuraikan proses yang berlaku semasa kanak-kanak memperoleh bahasa
pertama mereka. Bab keenam menghuraikan pandangan yang ter-kandung dalam
hipotesis nurani, juga turut mengemukakan hujah-hujah dan bukti-bukti
kajian yang menyokong hipotesis ini. Bab ketujuh pula mengemukakan
pandangan golongan behavioris yang menolak hujah-hujah yang telah
dikemukakan dalam hipotesis nurani.

Bab kelapan menghuraikan secara tuntas hubungan di antara teori-teori
linguistik dan kaedah-kaedah pengajaran bahasa. Bab kesembilan
menghuraikan Teori Pembelajaran Pelaziman, dan bagaimana teori ini dapat
diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa.
Bab kesepuluh pula menghuraikan Teori Pembelajaran Kognitif, dan
bagaimana teori ini dapat diterapkan dengan berkesan dalam perancangan
dan pelaksanaan program pendidikan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Bab kesebelas menghuraikan konsep kesahan psikologi, dan bagaimana
konsep ini dapat diaplikasikan semasa kita merancang dan melaksana
sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bab kedua belas
menghuraikan secara jelas perbezaan antara program pendidikan bahasa
sebagai bahasa pertama dan program pendidikan bahasa sebagai bahasa kedua.

Bab ketiga belas khusus menghuraikan bagaimana hasil kajian dalam bidang
psikolinguistik dapat diterapkan dalam program pendidikan bahasa
peringkat awal. Bab keempat belas pula menghuraikan takrif, tujuan dan
prinsip pendidikan pemulihan, khususnya pendidikan pemulihan bahasa.

Bab kelima belas menghuraikan aspek-aspek yang ber-kaitan dengan
pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa asing, khususnya yang berkaitan
bahan dan perkaedahan pengajaran. Bab yang keenam belas merupakan bab
terakhir yang menghuraikan pelbagai isu dalam perancangan dan
pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.

Buku ini sesuai ditelaah oleh pelbagai golongan pembaca, khususnya
mereka yang terlibat dalam bidang linguistik dan pendidikan bahasa.
Kandungan buku ini memberikan pelbagai maklumat dan panduan kepada para
pensyarah dan guru bahasa, khususnya pensyarah dan guru bahasa Melayu.
Mudah-mudahan buku ini dapat menyumbang ke arah menyuburkan ilmu
psikolinguistik dan pendidikan bahasa di negara ini, khususnya, dan di
alam Melayu seluruhnya serta di peringkat antarabangsa, umumnya.


Posted at 01:18 am by ptspendidikan
Make a comment  

Previous Page Next Page